niskala5570 / penjawi_sarikata

Pengalih tulisan rumi kepada jawi untuk fail sari kata berformatkan .ass, .ssa dan .srt

Geek Repo:Geek Repo

Github PK Tool:Github PK Tool

ملايو جاوي // English

Pasuan Jawi


Cara Guna

Muat turun python

Kemudian di terminal: pip install pysubs2, py alih-kata.py .dsb

Atau cuba dalam talian (perlu log masuk): repl.it


alih-kata.py

  • Akan mengalih tulisan semua fail di dalam folder "Masuk"
  • Fail sari kata akan ada di folder "Keluar" beserta [Dialih Kata] di hadapannya.
  • Kod ini akan ambil data rumi ke jawi dari semua fail .tsv yang ada di dalam folder Kamus
  • Sebelum fail disimpan, kod ini juga akan berikan pengguna pilihan untuk memilih perkataan untuk yang bertaksa

alih-kata-tanpa-penyahtaksa.py

  • Sama seperti alih-kata.py
  • Cumanya ia akan langkau proses memilih perkataan bertaksa

pengemaskini_kamus.py

  • Akan memuat turun fail kamus dari folder Kamus simpanan Github ini.
  • Selagi fail nama masih sama, ia akan bandingkan dengan cincangan(hash) MD5, kalau sama, ia akan langkau, kalau tidak, ia akan namakan semula fail lama dan muat turun yang baharu.

panambahkatan.py (nama mungkin akan diubah)

  • Gunanya untuk menambah katan dalam fail kamus yang pengguna berikan.
  • Dihujung, pengguna akan diminta samada mahu menyusunnya mengikut turutan alfabet pengepala rumi.
  • Ini tidak wajib, boleh sahaja sunting kamus guna perisian GUI pilihan seperti LibreOffice .dll

pengubahkatan.py (nama mungkin diubah)

  • Gunanya untuk menyunting katan dalam fail kamus.
  • Sama seperti penambahkatan.py, tidak wajib.

Fail Kamus

  • Diambil dari projek rumi-jawi oleh Goodmami
  • Tapi diubah sedikit, macam hamzah setara ditukar kepada hamzah tiga suku, pastikan pasuan menyokongnya. Atau boleh dapatkan di Pasuan Jawi

About

Pengalih tulisan rumi kepada jawi untuk fail sari kata berformatkan .ass, .ssa dan .srt


Languages

Language:Python 100.0%